Tuesday, 18 February 2014

Modul LDK: Who are you X?

Setelah sekian lama tidak menaikmuatkan apa-apa entri di blog (ni baru entri kedua selepas beberapa tahun, heh), saya ingin berkongsi Modul LDK yang dibuat khas sempena Program Kecemerlangan Tingkatan 3 & 5 MRSM Kuala Berang. Tapi, terdapat beberapa modul yang tidak dapat dilaksanakan dan ini antara modul yang tidak terlaksana. Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat dari modul ini dan mohon dibuat penambahbaikan/pengubahsuaian berdasarkan kesesuaian.





MODUL LDK
Tajuk: Who are you X?

Masa: 45 minit

Objektif:
1.   Merapatkan hubungan di antara peserta.
2.   Menanamkan motivasi diri agar tidak berputus asa.

Bahan-bahan: Kertas A4

Kaedah:
1.   Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan terdiri di kalangan jantina yang sama sahaja.
2.   Setiap peserta dibekalkan dengan kertas A4.
3.   Setiap kumpulan akan diberikan keratan kertas yang ditulis dengan dua jenis symbol X atau O.  Hanya satu sahaja symbol X dan selebihnya adalah symbol O. Setiap ahli kumpulan mengambil satu keratan kertas yang bersimbol itu. Awas! Simbol yang diterima hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan ahli kumpulan.

Arahan:
1.   Sesiapa yang mendapat symbol O akan menutup mata manakala mereka yang mendapat symbol X akan membuka mata. Pantang yang mesti dipatuhi dalam aktiviti ini, ‘Semua peserta dilarang bercakap. Sekiranya terdapat ahli kumpulan yang bercakap, kumpulan tersebut akan didenda’. *(Urusetia boleh memilih untuk mendenda atau tidak. Denda mengikut kesesuaian)
2.   Dalam keadaan mata tertutup O perlu mencari X. X diizinkan untuk memberikan sebarang hint tanpa bercakap. (Arahan ini dinyatakan selepas semua menutup mata bagi mengelakkan perbincangan jenis hint yang akan diberikan).
3.   Peserta (O) yang telah dapat meneka siapakah X, perlu duduk.

4.   Aktiviti dijalankan seperti Arahan di atas.
5.   Sepanjang pencarian dan pengecaman dilakukan oleh O, fasilitator mengganggu proses tersebut.
6.   Fasilitator perlu memerhatikan dan menandakan kumpulan yang terawal menghabiskan aktiviti iaitu kumpulan yang kesemua O telah duduk. (Bagi mengetahui kumpulan yang menang)
7.   Fasilitator memberhentikan aktiviti mengikut kesesuaian masa. Sekiranya mempunyai masa yang panjang atau peserta yang tidak ramai, maka tunggu sehingga semuanya selesai mencari.
8.   Semua dibenarkan membuka mata. Semua peserta hendaklah menulis nama X yang difikirkan di atas kertas A4. (X juga perlu menulis namanya). Semua peserta menunjukkan kertas yang tertera nama X.
9.   Beberapa orang peserta memberikan pendapat dan menyatakan pengalaman yang diperoleh semasa melakukan aktiviti tersebut. Terdapat beberapa kelompok peserta yang wujud;
1.   O yang berhasil mencari X pada percubaan yang pertama.
2.   O yang berhasil mencari X setelah beberapa percubaan.
3.   O yang tidak berjaya mencari X.
4.   X.

10.                Fasilitator mengulas berdasarkan kelompok yang wujud.
Bil
Kelompok
Ulasan
1
O yang berhasil mencari X pada percubaan yang pertama
‘Do the right thing for the first time’. Sentiasa berikan  yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT  menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun."(Hadis Riwayat Abu Daud). Natijahnya jimat masa dan tenaga. Usaha, doa dan tawakkal. Allah yang memberikan ilham untuk bergerak ke arah X. Beza atau tidak mereka yang terawal berjaya dengan yang terkemudian?
Cth: Manusia yang berjaya menjejakkan kaki di bulan.
1.   Neil Amstrong
2.   Buzz Aldrin
3.   Michael Collins

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Fokus
2.   Belajar dan bermain bersungguh-sungguh
2
O yang berhasil mencari X setelah beberapa percubaan
‘Never ever give up’. Tidak ada kegagalan, hanya proses pembelajaran.

Cth: Thomas Edison, “Saya tidak gagal, saya hanya menjumpai 900 cara yang tidak berhasil’.

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Tukar kaedah belajar jika tidak berkesan, berbincang dengan guru.
Cth: Adam Khoo- Master Your Mind Design Your Destiny. Tiru cara belajar orang yang berjaya. Keluar dari zon selesa.
3
O yang tidak berjaya mencari X
‘Never ever give up’. Tukar strategi. Jangan pernah berhenti, orang yang gagal adalah mereka yang berhenti mencuba.

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Tukar kaedah belajar jika tidak berkesan, berbincang dengan guru.
Cth: Adam Khoo- Master Your Mind Design Your Destiny. Tiru cara belajar orang yang berjaya. Keluar dari zon selesa.
4
X
1.   Strategi yang bagus untuk memberikan hint.
2.   Membantu rakan.
5
Fasilitator yang mengganggu
Abaikan faktor luaran yang bisa membinasakan, fokus untuk mencapai matlamat.

11.                Kesimpulan; objektif tercapai?

No comments:

Post a Comment