Keluar dari kereta, ke meja kaunter menyerahkan IC dan lesen memandu kepada JPJ di kaunter. Notis saman dikeluarkan. Ingatkan saman biasa je...yang perlu bayar di balai polis, rupanya road tax mati ni kes trafik yang lebih berat dari bawa kereta melebihi had laju. Jadinya 24 September 2014 ditetapkan tarikh untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret. Haddoi...terasa alamaknya aku.
Hari yang ditetapkan tiba.. Berdasarkan pengalaman sendiri ini tipsnya (tips ini available untuk hadir bersidang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu since this event occurred here, tempat lain mungkin berbeza);
- Sarapan pagi bagi yang perlu sarapan seperti saya.
- Pakai pakaian yang tebal. Dalam mahkamah sejuk. Bertambah sejuk sekiranya takut.
- Bawa duit yang cukup untuk kesalahan anda. Bagaimana nak tahu amaunnya? Sila survey dulu, tanya orang yang tahu paling membantu. Saya tanya pegawai JPJ. Katanya untuk kesalahan seperti saya perlu sediakan RM400.
- Hadir ke mahkamah mengikut masa yang ditetapkan. Dalam notis saman ada tulis. Saya punya jam 8.00 pagi. Jika tidak dapat hadir boleh wakilkan.
- Tinggalkan lesen memandu (atau sebarang pengenalan diri) di pondok jaga dan anda akan menerima tag nama pelawat. Juga anda boleh menanyakan arah Mahkamah Majistret untuk membayar saman trafik.
- Bawa air dan sebarang bahan bacaan offline. Anda mungkin perlu menunggu beberapa jam. Saya tiba jam 8.20 pagi, serah notis saman kepada pegawai JPJ. Jam 9.30 pagi dipanggil masuk ke dalam mahkamah untuk perbicaraan. Ketika ini semua yang hadir untuk dibicarakan lebih kurang 20 orang.
- Matikan handphone. Sekiranya handphone berbunyi sewaktu perbicaraan, ianya akan dirampas dan perlu bayar RM5 untuk tebus balik.
- Dengar arahan dengan teliti. Sebelum perbicaraan seseorang akan memberikan taklimat prosedur dan ayat yang perlu diucapkan. Pada masa saya seorang koperal/ konstabel trafik (saya tak ingat pangkatnya) yang memberi taklimat.
- Zikir. Selain membaca, zikir juga boleh mengisi masa. Perbicaraan ini bermula 10.30 pagi. Setengah jam yang pertama dalam bilik perbicaraan ni semua duduk diam macam batu lagipun bercampur perasaan berdebar dan takut. Oleh kerana waktu menunggu tersangat lama...bosan, lenguh dan mengantuk menjelma. Mungkin sengaja dibiarkan kami menunggu supaya hilang rasa takut...haha..
Apa yang ditaklimatkan kepada kami;
- Apabila nama dipanggil, sila mengadap hakim dalam keadaan berdiri senam diri.
- Pertuduhan dibacakan, jawab "Saya mengaku bersalah/ tidak bersalah." Kami semua pilih untuk mengaku bersalah kerana sememangnya kami telah melakukan kesalahan trafik. Dan sekiranya mengaku tidak bersalah dan ingin dibicarakan perlu membayar RM2000.
- Untuk merayu dikurangkan denda.."Saya merayu untuk dikurangkan denda kerana.........." Alasan mestilah munasabah. Contoh, "....kerana saya tidak bekerja." Alasan yang tidak diterima, ".....kerana ini adalah kali pertama saya melakukan kesalahan."
- Setelah selesai, tunggu di bahagian belakang sehingga diarahkan keluar untuk membayar denda.
Setelah selesai pembayaran kira-kira jam 11.15 pagi, saya terus pulang. Sewaktu keluar dari bilik perbicaraan, terdapat lebih kurang 12 orang lagi yang belum dibicarakan. Kesalahan yang paling berat dalam perbicaraan kali ini adalah memandu tanpa lesen, denda RM4000 dan minimum RM300. Kesalahan-kesalahan lain seperti tidak memakai tali pinggang keselamatan, langgar lampu merah, plat tidak mengikut spesifikasi. Kesalahan seperti ini sebenarnya boleh dibayar di balai polis. Tetapi oleh kerana saman ini tidak dibayar sehingga tempoh setahun, nama disenarai hitam dan tak dapat sambung road tax. Jadi kesimpulannya, jadilah pengguna jalan raya yang baik, cakna untuk perbaharui lesen dan road tax, saman perlu dibayar segera dan jangan memandu sekiranya tiada lesen memandu. Jika tidak, duit akan melayang.
Alhamdulillah, hakim yang membicarakan kes kami amat bertimbang rasa. Denda saya dikurangkan sehingga RM...(rahsia). Kami juga terhibur dengan gelagat hakim yang sempoi, sedikit sebanyak mengurangkan ketensionan perasaan. Mendengarkan loghat percakapannya Hakim ni mungkin orang Kelantan ataupun Besut.
Terima kasih Yang Arif!