Tuesday, 7 October 2014

Tips Melangsaikan Denda Trafik di Mahkamah

Pulang mengajar home tuition di Jalan Sultan Omar pada 24 Jun 2014, ditahan oleh JPJ yang mengadakan road block betul-betul di hadapan Kompleks MAIDAM sehinggakan jalan jam di traffic light sebelumnya. Waktu mula-mula ditahan, JPJ menyuluh lampu picitnya ke arah road tax di cermin depan. Ya Allah! Rasa sangat terkejut dengan keadaan road tax yang begitu nazak hampir tertanggal. Tidak disangka road tax kereta dah mati berbulan yang lepas. Terpaksa lah memberhentikan kereta di tepi jalan...sebelum ni hanya pernah menyaksikan kenderaan orang lain yang ditahan, sekarang diri sendiri yang menghadapi.

Keluar dari kereta, ke meja kaunter menyerahkan IC dan lesen memandu kepada JPJ di kaunter. Notis saman dikeluarkan. Ingatkan saman biasa je...yang perlu bayar di balai polis, rupanya road tax mati ni kes trafik yang lebih berat dari bawa kereta melebihi had laju. Jadinya 24 September 2014 ditetapkan tarikh untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret. Haddoi...terasa alamaknya aku.

Hari yang ditetapkan tiba.. Berdasarkan pengalaman sendiri ini tipsnya (tips ini available untuk hadir bersidang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu since this event occurred here, tempat lain mungkin berbeza);

  1. Sarapan pagi bagi yang perlu sarapan seperti saya.
  2. Pakai pakaian yang tebal. Dalam mahkamah sejuk. Bertambah sejuk sekiranya takut.
  3. Bawa duit yang cukup untuk kesalahan anda. Bagaimana nak tahu amaunnya? Sila survey dulu, tanya orang yang tahu paling membantu. Saya tanya pegawai JPJ. Katanya untuk kesalahan seperti saya perlu sediakan RM400.
  4. Hadir ke mahkamah mengikut masa yang ditetapkan. Dalam notis saman ada tulis. Saya punya jam 8.00 pagi. Jika tidak dapat hadir boleh wakilkan.
  5. Tinggalkan lesen memandu (atau sebarang pengenalan diri) di pondok jaga dan anda akan menerima tag nama pelawat. Juga anda boleh menanyakan arah Mahkamah Majistret untuk membayar saman trafik.
  6. Bawa air dan sebarang bahan bacaan offline. Anda mungkin perlu menunggu beberapa jam. Saya tiba jam 8.20 pagi, serah notis saman kepada pegawai JPJ. Jam 9.30 pagi dipanggil masuk ke dalam mahkamah untuk perbicaraan. Ketika ini semua yang hadir untuk dibicarakan lebih kurang 20 orang.
  7. Matikan handphone. Sekiranya handphone berbunyi sewaktu perbicaraan, ianya akan dirampas dan perlu bayar RM5 untuk tebus balik.
  8. Dengar arahan dengan teliti. Sebelum perbicaraan seseorang akan memberikan taklimat prosedur dan ayat yang perlu diucapkan. Pada masa saya seorang koperal/ konstabel trafik (saya tak ingat pangkatnya) yang memberi taklimat.
  9. Zikir. Selain membaca, zikir juga boleh mengisi masa. Perbicaraan ini bermula 10.30 pagi. Setengah jam yang pertama dalam bilik perbicaraan ni semua duduk diam macam batu lagipun bercampur perasaan berdebar dan takut. Oleh kerana waktu menunggu tersangat lama...bosan, lenguh dan mengantuk menjelma. Mungkin sengaja dibiarkan kami menunggu supaya hilang rasa takut...haha..

Apa yang ditaklimatkan kepada kami;
  1. Apabila nama dipanggil, sila mengadap hakim dalam keadaan berdiri senam diri.
  2. Pertuduhan dibacakan, jawab "Saya mengaku bersalah/ tidak bersalah." Kami semua pilih untuk mengaku bersalah kerana sememangnya kami telah melakukan kesalahan trafik. Dan sekiranya mengaku tidak bersalah dan ingin dibicarakan perlu membayar RM2000.
  3. Untuk merayu dikurangkan denda.."Saya merayu untuk dikurangkan denda kerana.........." Alasan mestilah munasabah. Contoh, "....kerana saya tidak bekerja." Alasan yang tidak diterima, ".....kerana ini adalah kali pertama saya melakukan kesalahan."
  4. Setelah selesai, tunggu di bahagian belakang sehingga diarahkan keluar untuk membayar denda.
Selepas taklimat diberikan, sila ajukan soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Sewaktu kami diberikan taklimat, seorang remaja lelaki tidak membawa duit melainkan hanya RM10 sahaja, dia dinasihatkan mengambil tarikh perbicaraan lain kerana dia mungkin akan dipenjarakan.

Setelah selesai pembayaran kira-kira jam 11.15 pagi, saya terus pulang. Sewaktu keluar dari bilik perbicaraan, terdapat lebih kurang 12 orang lagi yang belum dibicarakan. Kesalahan yang paling berat dalam perbicaraan kali ini adalah memandu tanpa lesen, denda RM4000 dan minimum RM300. Kesalahan-kesalahan lain seperti tidak memakai tali pinggang keselamatan, langgar lampu merah, plat tidak mengikut spesifikasi. Kesalahan seperti ini sebenarnya boleh dibayar di balai polis. Tetapi oleh kerana saman ini tidak dibayar sehingga tempoh setahun, nama disenarai hitam dan tak dapat sambung road tax. Jadi kesimpulannya, jadilah pengguna jalan raya yang baik, cakna untuk perbaharui lesen dan road tax, saman perlu dibayar segera dan jangan memandu sekiranya tiada lesen memandu. Jika tidak, duit akan melayang.

Alhamdulillah, hakim yang membicarakan kes kami amat bertimbang rasa. Denda saya dikurangkan sehingga RM...(rahsia). Kami juga terhibur dengan gelagat hakim yang sempoi, sedikit sebanyak mengurangkan ketensionan perasaan. Mendengarkan loghat percakapannya Hakim ni mungkin orang Kelantan ataupun Besut.

Terima kasih Yang Arif!

Friday, 26 September 2014

Which one do I choose...?

I'm not a good reader nowadays to even finish reading a novel. But I have to read some materials as my need for something. Last night one of my friend insist me to read her favourite books and she gave me three books at once. Wow, she didn't even know that there are lots of books at my house that I didn't manage to read. Hahaa... Here are the books she gave me.


So then I really need to work on this book since she will keep asking me I guess. (Buku Weil China dah baca about 8 years ago. I plan to give to my younger sister to read it). Actually my friend gave me four books but I refused to take that fourth since I know my self really well. So, which one I'm going to choose to read first? Oh by the way there is a book that I am reading currently...


I recommend this book to you all especially Muslim. Ianya catatan kembara jiwa. Soon I will going to these Haramain...soon Insha Allah..


I choose you The Story of Anne Frank! (pokemon style)

Tuesday, 25 February 2014

MODUL LDK: Aku dan kawan-kawan...II


...Sambungan dari situasi 1, 2 & 3 SINI

SITUASI 4: PENTINGKAN DIRI


            Anda meminati matapelajaran akaun kerana telah menetapkan cita-cita semenjak Tingkatan 1 lagi untuk menjadi Akauntan. Keluarga anda sering mendorong anda bagi mencapai cita-cita tersebut. Justeru itu anda memilih untuk belajar di MRSM Kuala Berang. Anda beruntung kerana anda mudah memahami pengajaran guru akaun di sekolah dan dia sangat membantu pelajar-pelajarnya. Anda sering mendapat markah paling tinggi di kalangan rakan-rakan anda.


Pada bulan September 2013, kelas anda menerima kemasukan seorang rakan yang bertukar kelas. Sebelum ini dia berada di kelas Sains Tulen yang mengambil matapelajaran Biologi. Rakan baru anda kelihatan agak sukar memahami matapelajaran Akaun. Anda tahu rakan anda itu tentunya amat memerlukan bantuan rakan-rakan yang lain terutamanya diri anda. Seringkali rakn anda tersebut meminta bantuan dari anda dan rakan-rakan yang lain, tapi kesemuanya tidak ingin membantu. Antara alasan yang anda sering fikirkan untuk membenarkan perbuatan tersebut adalah anda amat gemar untuk mengulangkaji pelajaran seorang diri dan sukar memahami pelajaran sekiranya belajar secara beramai-ramai. Lagipun anda merasa agak tidak selesa untuk berkawan dengan rakan anda tersebut. ‘Pelajar dari aliran Sains Tulen lah katakan….berlagak macam pandai.’ Itulah antara kata-kata yang sering dinyatakan oleh anda dan rakan-rakan yang lain.


Tidak lama selepas itu Peperiksaan Akhir Semester 2 dijalankan dan keputusan yang anda peroleh amat cemerlang seperti yang dijangka. Malang bagi rakan anda tersebut yang mendapat markah yang tercorot. Disebabkan markahnya yang amat rendah, peratus matapelajaran Akaun jatuh. Rakan anda sangat kecewa. Disebabkan itu dia menjadi lebih pendiam dan murung. Anda sering melihat dia berseorangan dan ada ketikanya menangis seorang diri.


Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.





SITUASI 5: MEROKOK



            Hari Sabtu minggu ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana merupakan giliran pelajar lelaki untuk keluar ‘outing’. Anda mempunyai beberapa barangan untuk dibeli antaranya buku log, keperluan mandi dan makanan ringan. Anda berjalan bertiga bersama-sama dengan rakan sekelas. Tiba di satu kedai, dua ornag rakan anda meminta anda berhenti di satu kedai makan, mereka hanya masuk seketika dan terus keluar. Anda pun tidak mengetahui apa yang mereka beli dan anda tidak bertanya kerana tidak mahu menyibuk urusan rakan anda. Anda bertiga pergi ke kedai beberapa buah kedai untuk membeli keperluan yang telah disenaraikan.


            Sedang anda semua membeli, perut masing-masing berbunyi menandakan lapar. Anda semua berhenti makan di satu kedai makan. Alhamdulillah anda merasa kenyang, makanannya pun sangat lazat. Tiba-tiba rakan anda mengajak pergi ke satu sudut yang agak tersorok dari pandangan manusia lain dan alngkah terkejutnya anda apabila mereka masing-masing mengeluarkan rokok. Anda tidak tahu apa yang patut dilakukan, nak larikan diri bimbang rakan anda terasa hati, nak kekal berada di situ terasa salah. Rakan anda menyedari keresahan diri anda. “Alah, relax je la. Cubalah sekali, baru tau camne nikmatnya.” Pada mulanya anda menolak pelawaan tersebut. Lama kelamaan anda mencuba sekali dan batuk pada mula-mulanya. Rakan anda terus memberikan galakan. Dan anda mencuba untuk kali yang seterusnya.


            Balik ke asrama, rakan anda mengamanahkan anda untuk menyimpan rokok tersebut. Anda serba salah kerana bimbang tertangkap. Tambahan pula anda juga merokok bersama-sama dengan mereka. Anda memikirkan beberapa idea untuk menyorok rokok tersebut agar tidak dijumpai. Akhirnya anda membuat keputusan untuk menyorokkan rokok tersebut di dalam baldi yang dipenuhi air dan baju-baju kotor. Anda mula membungkus berlapis-lapis rokok tersebut dengan plastic. “Pastilah tak de sape yang sangka ada rokok dalam tu”, gumam anda sendirian sambil tersenyum puas hati. Tanpa anda sedari, perbuatan anda tersebut diperhatikan oleh salah seorang penghuni asrama.


            Keesokan hari, anda ke sekolah seperti biasa. Tiba-tiba pada waktu rehat, anda diminta berjumpa dengan Ketua Warden. Rupa-rupanya Ketua Warden menjumpai rokok yang anda sorok di dalam baldi tersebut. Malang bagi anda disoal siasat dan bakal menerima hukuman.


Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.




SITUASI 6: KECURIAN


            Persekolahan semester dua baru bermula. Walaupun terasa malas yang amat sangat untuk ke sekolah, anda terpaksa gagahkan diri kerana itulah lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah demi menjadi seorang insan yang berjaya kelak. Ibu membekalkan dengan beberapa jenis makanan iaitu nasi berlauk dan makanan ringan. Ayah pula menghulurkan duit. Kesemuanya duit RM10 sebanyak 15 keping yang berjumlah RM150. Ibu memesan agar meletakkan duit itu di beberapa tempat yang berbeza bimbang ada pelajar yang panjang tangan di asrama mengambilnya. Jadi untuk tujuan mengurangkan kerugian jika kejadian kecurian berlaku, aku menurut pesan ibu. Ibu juga meminta aku mengamalkan doa ini. Katanya untuk elakkan kecurian. Aku membacanya, ‘Bismillahi tawakkaltu alallah, la hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim’ (Dengan nama Allah aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya upaya dan tenaga melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).


            Setibanya di asrama, aku merasa agak sayu kerana masih teringatkan rumah dan keluarga. Walaupun begitu aku tetap merasa seronok berjumpa dengan rakan-rakan. Setelah semingggu bersekolah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kes kecurian. Beberapa orang pelajar dari kelas aku dan dua kelas yang lain kehilangan duit sewaktu kami ke makmal sains dan ke Pusat Sumber. Masing-masing mula mengesyaki antara satu sama lain dan tuduh-menuduh berlaku. Yang dituduh pula memberikan alibinya.


Keesokan hari, beberapa orang pelajar dipanggil oleh warden untuk disoal siasat. Aku termasuk mereka yang disoal siasat. Sewaktu aku disoal, warden sering bertanyakan mengenai ‘partner’ku dalam kelas. Baru aku tahu warden mengesyaki rakanku itu yang mencuri. Apabila aku imbas kembali, rakanku itu sememangnya patut diragui kerana dia sering ke tandas pada hari berlakunya kecurian. Katanya sakit perut sebab makan sambal nasi lemak. Dan baru-baru ini dia berbelanja mewah di kantin dan koperasi. Namun aku mengagak duitnya banyak sebab semua pelajar akan membawa duit yang banyak pada awal sesi persekolahan. Aku agak terkejut sekiranya rakanku itu benar-benar mencuri kerana dia bukanlah orang susah.


Akhirnya rakanku itu turut disoal siasat setelah warden menemui bukti yang kukuh dan nyatalah dia pencurinya. Walaupun aku merasa sedih atas kejadian itu, aku juga merasa bersyukur kerana duit aku tidak dicuri olehnya. Akhirnya rakanku itu dibuang maktab. Ibu dan bapanya membayar jumlah duit yang dicurinya dengan rasa malu dan amat bersalah akibat perbuatan anak mereka.

Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.


p/s: Beberapa situasi lain yang tidak dijadikan modul; hubungan dengan guru dan bersikap sambil lewa.

Monday, 24 February 2014

MODUL LDK: Aku dan kawan-kawan...

Modul ini telah dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 5 pelajar MRSM Kuala Berang 2014 dalam rancangan Program Gemilang di awal tahun. Modul ini lebih serius kerana direka khas sesuai dengan situasi-situasi realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian pelajar agar mereka terhindar dari terlibat dengan gejala negatif; juga memupuk budaya membantu rakan yang mempunyai masalah.

Bagi fasilitator yang ingin mengolah modul ini dan membuat kesimpulan perlu memahami keadaan pelajar itu sendiri. Bagi maktab ini, pelajar-pelajarnya berasal dari sekolah yang berbeza dan memasuki maktab ini sewaktu mereka Tingkatan 4. Oleh itu banyak budaya asal yang dibawa dari sekolah masing-masing menyebabkan berlaku kepelbagaian budaya, pendapat dan sikap; sehingga kadang-kadang mencetuskan pertembungan. Pada peringkat ini, mereka berusaha untuk mengenal antara satu sama lain, berusaha menonjolkan diri, mencari kawan dan identiti. (Mohon sematkan dalam minda, semua pelajar adalah pelajar yang pintar, cemerlang dan secara fitrah baik sikapnya).

Terdapat 6 situasi kesemuanya. Saya hanya memuatkan 3 situasi untuk entri kali ini. Masa yang diambil bagi menjalankan keseluruhan aktiviti ini adalah selama 2 jam.


Sekadar gambar hiasan
SITUASI 1: GADUH

            Pada hari Rabu jam 8.45 malam baru-baru ini, anda berjalan menuju ke Bangunan Akademik dari asrama/bilik melalui PSP. Sedang anda bersemangat untuk menjalani sesi ‘prep’, tiba-tiba anda terlihat kelibat beberapa orang pelajar di belakang Bangunan Pentadbiran. Anda merasa curiga dengan keadaan mereka kerana anda juga mendengar suara menengking. Walaupun begitu, anda tetap meneruskan perjalanan anda ke Bangunan Akademik kerana merasakan hal itu tiada kaitan dengan anda. Meskipun anda tidak pasti apa yang berlaku di belakang Bangunan Pentadbiran tersebut, entah mengapa situasi itu agak mengganggu fikiran anda pada malam itu.

Keesokan hari anda mendapat tahu bahawa seorang dari rakan bilik anda terlibat dalam satu kes pukul beramai-ramai yang berlaku malam tadi di tempat yang sama, tempat anda terlihat kelibat pelajar berkumpul dan nyatalah rakan bilik anda merupakan antara pelajar yang anda lihat malam tadi. Rakan bilik anda akan dibicarakan dalam JDRM dan akan dijatuhkan hukuman sama ada digantung, ditukar maktab atau dibuang dari bersekolah di mana-mana MRSM. 

Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.


 SITUASI 2: COUPLE-DATING

            Pada tahun ini usia anda akan menginjak ke 17 tahun menandakan anda semakin dewasa. Ciri-ciri fizikal dan juga emosi anda semakin berkembang secara biologinya akibat rembesan hormone testosterone dan juga progesterone. Anda amat berkeinginan untuk berkawan baik dengan rakan yang berlainan jantina. Lagipun ini merupakan tahun ke-2 anda berada di MRSM Kuala Berang dan hanya tahun ini merupakan kesempatan yang ada untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih rapat.

            Anda juga telah diingatkan oleh ibu bapa agar belajar bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan. Justeru itu, anda berazam untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap pelajaran kerana bakal menghadapi peperiksaan SPM pada akhir tahun. Tidak lama kemudian, Februari menjelma dan tanpa disangka-sangka anda menerima SMS daripada seorang rakan batch anda (berlainan jantina) yang menyatakan kesudian beliau untuk mengenali diri anda dengan lebih dekat bukan sekadar seorang rakan biasa malah lebih rapat dari itu. Dia merupakan seorang yang kelihatannya bertanggungjawab dan cemerlang dalam akademik serta berjanji kepada anda untuk mencari kesempatan agar dapat belajar bersama-sama untuk menghadapi setiap peperiksaan yang bakal menjelma. Anda dalam dilemma sama ada ingin menerima atau menolak pelawaan keemasan itu memandangkan beliau adalah pelajar yang berwibawa dan dikenali ramai. Lagipun terdapat ramai rakan-rakan anda yang juga ‘bercouple’ dan sering ‘berdating’. Anda bertanya pendapat rakan-rakan mengenai hal itu. Ramai yang bersetuju agar menerima pelawaan tersebut dan sedikit yang membantah.

            Berbekalkan nasihat dari rakan-rakan, anda menerima pelawaan tersebut dan mula berjumpa untuk belajar bersama-sama dengan niat mencapai kecemerlangan. Walaupun merasa segan dan malu pada mulanya, tambahan pula diusik rakan-rakan yang lain, anda tetap meneruskan berjumpa dengannya. Anda merasa sangat bahagia kerana setiap waktu terisi, jika tidak dengan pelajaran, dengan celotehnya yang comel dan mengambil berat tentang diri anda. Lama-kelamaan anda semakin berani berjumpa dengannya berdua-duaan sahaja, ‘Nak bincang soal hati’, katanya. Semakin lama, semakin kerap anda berjumpa berdua-duaan. Anda merasa semakin sayang kepadanya dan juga sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan dirinya. Benarlah kata-kata ‘Cinta itu buta’. Julai 2014 menjadi sejarah hitam kerana anda ditangkap berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan oleh Ketua Warden.

Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.


 SITUASI 3: ASOBIYAH

‘Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengucapkan tahniah atas kejayaan anda dipilih masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:’

             Demikian antara kandungan surat yang anda terima di awal tahun 2013 menandakan permohonan anda untuk ke MRSM berjaya. Anda dan keluarga amat gembira, tambahan pula anda ditempatkan di MRSM Kuala Berang, tidak jauh dari kediaman anda. Anda telah membayangkan suasana pembelajaran yang kondusif dan rakan-rakan yang sangat membantu yang akan anda kenali. Masakan tidak, rakan-rakan yang belajar di sana pastilah yang akan bersama-sama berusaha mengejar cita-cita.

            Anda ditempatkan dengan rakan sebilik dari negeri lain. ‘Alahai, susahnya nak bercakap. Selalunya perlu diulang berkali-kali. Rakan bilikku sukar mengerti percakapanku. Aku berusaha bercakap bahasa “standard”. Tapi cakapku sering diajuk dan diketawakan. Lucu katanya.’

            Anda merasa malu dan mengurangkan bercakap dengan mereka. Walhal banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Anda menjadi lebih pendiam apabila bersama dengan mereka. Tapi anda banyak bercakap dan merasa sangat selesa apabila bersama dengan rakan senegeri. Jadi anda sering berkumpul bersama dengan rakan senegeri anda sahaja. Sering kali juga anda tidak puas hati kepada rakan anda dari negeri lain yang lebih menonjol kerana percakapannya yang lancar dengan guru-guru dan sering diminta mempengerusikan majlis atau pun acara di maktab. Apabila rakan anda itu bercakap, dia kelihatan yakin dan pendapat yang dikemukakannya kedengaran hebat serta sering diterima ramai.

            Pernah sekali anda terdengar perbualan rakan bilik anda mengatakan kurang menggemari rakan senegeri anda yang lain kerana tidak terbuka, malu untuk kehadapan dan sukar menerima pandangan orang lain, seperti orang kampung katanya. Anda tidak suka dengan keadaan ini tetapi keadaan ini berterusan sehingga ke Tingkatan 5.

Bincangkan punca, akibat, penyelesaian dan peranan setiap pihak kepada situasi seperti di atas yang juga berlaku secara realiti dalam kehidupan anda.






p/s: 3 situasi lain dalam entri seterusnya...SINI

Tuesday, 18 February 2014

Modul LDK: Who are you X?

Setelah sekian lama tidak menaikmuatkan apa-apa entri di blog (ni baru entri kedua selepas beberapa tahun, heh), saya ingin berkongsi Modul LDK yang dibuat khas sempena Program Kecemerlangan Tingkatan 3 & 5 MRSM Kuala Berang. Tapi, terdapat beberapa modul yang tidak dapat dilaksanakan dan ini antara modul yang tidak terlaksana. Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat dari modul ini dan mohon dibuat penambahbaikan/pengubahsuaian berdasarkan kesesuaian.





MODUL LDK
Tajuk: Who are you X?

Masa: 45 minit

Objektif:
1.   Merapatkan hubungan di antara peserta.
2.   Menanamkan motivasi diri agar tidak berputus asa.

Bahan-bahan: Kertas A4

Kaedah:
1.   Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan terdiri di kalangan jantina yang sama sahaja.
2.   Setiap peserta dibekalkan dengan kertas A4.
3.   Setiap kumpulan akan diberikan keratan kertas yang ditulis dengan dua jenis symbol X atau O.  Hanya satu sahaja symbol X dan selebihnya adalah symbol O. Setiap ahli kumpulan mengambil satu keratan kertas yang bersimbol itu. Awas! Simbol yang diterima hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan ahli kumpulan.

Arahan:
1.   Sesiapa yang mendapat symbol O akan menutup mata manakala mereka yang mendapat symbol X akan membuka mata. Pantang yang mesti dipatuhi dalam aktiviti ini, ‘Semua peserta dilarang bercakap. Sekiranya terdapat ahli kumpulan yang bercakap, kumpulan tersebut akan didenda’. *(Urusetia boleh memilih untuk mendenda atau tidak. Denda mengikut kesesuaian)
2.   Dalam keadaan mata tertutup O perlu mencari X. X diizinkan untuk memberikan sebarang hint tanpa bercakap. (Arahan ini dinyatakan selepas semua menutup mata bagi mengelakkan perbincangan jenis hint yang akan diberikan).
3.   Peserta (O) yang telah dapat meneka siapakah X, perlu duduk.

4.   Aktiviti dijalankan seperti Arahan di atas.
5.   Sepanjang pencarian dan pengecaman dilakukan oleh O, fasilitator mengganggu proses tersebut.
6.   Fasilitator perlu memerhatikan dan menandakan kumpulan yang terawal menghabiskan aktiviti iaitu kumpulan yang kesemua O telah duduk. (Bagi mengetahui kumpulan yang menang)
7.   Fasilitator memberhentikan aktiviti mengikut kesesuaian masa. Sekiranya mempunyai masa yang panjang atau peserta yang tidak ramai, maka tunggu sehingga semuanya selesai mencari.
8.   Semua dibenarkan membuka mata. Semua peserta hendaklah menulis nama X yang difikirkan di atas kertas A4. (X juga perlu menulis namanya). Semua peserta menunjukkan kertas yang tertera nama X.
9.   Beberapa orang peserta memberikan pendapat dan menyatakan pengalaman yang diperoleh semasa melakukan aktiviti tersebut. Terdapat beberapa kelompok peserta yang wujud;
1.   O yang berhasil mencari X pada percubaan yang pertama.
2.   O yang berhasil mencari X setelah beberapa percubaan.
3.   O yang tidak berjaya mencari X.
4.   X.

10.                Fasilitator mengulas berdasarkan kelompok yang wujud.
Bil
Kelompok
Ulasan
1
O yang berhasil mencari X pada percubaan yang pertama
‘Do the right thing for the first time’. Sentiasa berikan  yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT  menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun."(Hadis Riwayat Abu Daud). Natijahnya jimat masa dan tenaga. Usaha, doa dan tawakkal. Allah yang memberikan ilham untuk bergerak ke arah X. Beza atau tidak mereka yang terawal berjaya dengan yang terkemudian?
Cth: Manusia yang berjaya menjejakkan kaki di bulan.
1.   Neil Amstrong
2.   Buzz Aldrin
3.   Michael Collins

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Fokus
2.   Belajar dan bermain bersungguh-sungguh
2
O yang berhasil mencari X setelah beberapa percubaan
‘Never ever give up’. Tidak ada kegagalan, hanya proses pembelajaran.

Cth: Thomas Edison, “Saya tidak gagal, saya hanya menjumpai 900 cara yang tidak berhasil’.

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Tukar kaedah belajar jika tidak berkesan, berbincang dengan guru.
Cth: Adam Khoo- Master Your Mind Design Your Destiny. Tiru cara belajar orang yang berjaya. Keluar dari zon selesa.
3
O yang tidak berjaya mencari X
‘Never ever give up’. Tukar strategi. Jangan pernah berhenti, orang yang gagal adalah mereka yang berhenti mencuba.

Samakan dengan beberapa situasi reality pelajar seperti;
1.   Tukar kaedah belajar jika tidak berkesan, berbincang dengan guru.
Cth: Adam Khoo- Master Your Mind Design Your Destiny. Tiru cara belajar orang yang berjaya. Keluar dari zon selesa.
4
X
1.   Strategi yang bagus untuk memberikan hint.
2.   Membantu rakan.
5
Fasilitator yang mengganggu
Abaikan faktor luaran yang bisa membinasakan, fokus untuk mencapai matlamat.

11.                Kesimpulan; objektif tercapai?